Wednesday, September 24, 2014

REFLEKSI WEEK 3

Terdapat 4 asas utama yang harus anda tau jika menggunakan dslr ini, iaitu:

Aperture

  • merupakan saiz pembukaan lens
  • dibaca pada ukuran f-stop. e.g: f/16 atau f/12


sr: taylearningphotography.wordpress.com


Ingat!!!

      Semakin besar nilai aperture/f (e.g f/22), semakin mengecil ruang rongga lensa, maka kurang cahaya yang akan memasuki ke sensor kamera. Hasil gambar juga kurang tertumpu/ fokus, jadi semua paparan dalam gambar tersebut jelas dan terang.


ATAU

Semakin kecil nilai aperture (e.g f/1.8), semakin besar ruang rongga lensa, maka lebih banyak cahaya yang akan memasuki ke sensor kamera. Hasil gambar juga lebih tertumpu/ fokus, jadi tidak semua paparan dalam gambar tersebut jelas dan terang (belakang kabur).



sr: thephotographerblog.com


berikut merupakan contoh hasil gambar yang diambil mengikut perbezaan saiz aperture/f :


sr: www.digitalcameraworld.com



sr: nipunaperera.blogspot.com

--------------------------------------------------------------

Shutter speed
  • jumlah masa/saat pembukaan shutter.
  • dalam kata lain, waktu dimana sensor kamera menerima cahaya/melihat subjek setelah shutter kamera dibuka. (setelah menekan butang shutter).
  • cara bacaannya adalah 1/500, 1/15, 1'3 dsbgnya.
  • bacaan shutter speed ini berbeza mengikut situasi/objek yang ingin diambil.
contohnya:

1/1000 (satu per seribu saat) merupakan jumlah shutter yang tinggi (detik pembukaan shutter yang pantas), seringkali digunakan untuk mengambil gambar 'freeze motion' (gambar kaku e.g: sukan).



sr: digital-photography-school.com


Ingat!!

semakin tinggi nilai shutter speed (pembukaan shutter amat pantas) semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk ke dalam sensor kamera. oleh sebab itu nilai aperture hendaklah rendah kerana memerlukan banyak cahaya supaya gambar lebih jelas. ataupun memilih tempat yang mendapat cahaya yang banyak



sr: www.nelsontan.com


MANAKALA

1' (satu saat) merupakan jumlah shutter yang amat rendah (detik pembukaan shutter yang lambat), seringkali digunakan untuk mengambil gambar dalam suasana bilik gelap/kurang sumberr cahaya. ini akan menyebabkan hasil gambar menjadi kabur/blurry, jadi penggunaan tripod dapat menyelamatkan gambar anda kabur. jika anda mengambil gambar apabila objek itu bergerak, hasilnya gambar anda akan menjadi 'motion blur'.



gambar dibawah menunjukkan 'motion blur' berlaku jika menggunakan shutter speed yang rendah.
sr: www.illustratedphotography.net


berikut merupakan contoh hasil gambar yang diambil mengikut perbezaan jumlah shutter speed:


sr: ww2.lifepics.com 



sr: oberphotographytips.wordpress.com


------------------------------------------------------------

ISO 
  • merupakan nilai kepekaan sensor kamera terhadap cahaya.
  • nilai ISO adalah 100, 200, 400, 800, 1600 dan seterusnya (digandakan pada 2kali)

Semakin tinggi nilai ISO, semakin sensitip/peka terhadap cahaya.


sr: www.bobatkins.com



sr: oberphotographiytips.wordpress.com

  • kelemahan yang terdapat pada penggunaan ISO adalah Noise atau Grains (bukan gangguan bunyi bising tetapi gangguan yang terdapat dalam gambar iaitu tompokan2 kecil dan kekaburan jika gambar tersebut dizoom dengan lebih dekat. 
  • jadi, bagi mengelak keadaan ini berlaku, gunakan nilai ISO serendah yang mungkin (sebenarnya ia mengikut situasi juga, jika sumber cahaya kurang pada masa itu, naikkanlah nilai ISO tu)



contoh noise dalam gambar
sr: www.discoverdigitalphotography.com

--------------------------------------------------------------------

Lensa



sr: focuz-studio.blogspot.com

lensa juga merupakan elemen penting yang harus ada dalam sebuah kamera itu. kalau xde lensa memang bukan kameralakan namanye..

bagi siapa yang tidak tahu ilmu fotografi ne mungkin nampak lensa kamera ne sama jekan..cuma yang membezakan tu kebesaran dan kepanjangannyalah...tetapi sebenarnya setiap lensa mempunyai fungsinya sendiri..jom kita lihat antara fungsi2 lensa yang biasa digunakan oleh fotografer:


Kit Lens/ Standard Lens/ Lensa Normal



sr: http://achdadona.wordpress.com/

fungsi:
  • biasanya dalam range 18-50mm (Canon, Nikon).
  •  bukak2 beg memang sudah tersedia lens ne
  •  memang sesuai digunakan dalam semua keadaan dan suasana, indoor dan outdoor
  • kegunaan: semua jenis keadaan dan situasi (wedding, potrait, pemandangan, street, model)


contoh gambar yang diambil menggunakan lensa ini:


sr: www.gizmag.com




sr: www.landscapephotography.info



sr: koreanconceptweddingphotography.wordpress.com


Ultra/ Wide Angles Lens/ Lensa Sudut Lebar



sr: http://achdadona.wordpress.com/



fungsi:
  • juga dipanggil UWA (Ultra Wide Lens)
  • ukuran lensa ini bermula dari 17mm, 24mm, 28mm dan 35mm.
  • selalu digunakan untuk menangkap foto dengan perspektif atau sudut yang lebih luas walaupun dalam ruang yang sempit.
  • boleh menjadikan subjek lebih kecil dari ukuran sebenarnya.
  • sangat sesuai digunakan untuk gambar  landscape, architecture (bangunan), interior dan wedding kerana lensa ini boleh menonjolkan gambar pengantin dan latarbelakang.


contoh gambar yang diambil menggunakan lensa ini:


sr: www.photographymad.com



sr: www.ebay.com


Fish Eye Lens/ Lensa Mata Ikan


sr: http://achdadona.wordpress.com/


fungsi:

  • diameter 14mm, 15mm, 16mm.
  • adik-beradik dengan wide angle lens jugak tetapi yang membezakannya adalah ia dapat menghasilkan imej/gambar yang melengkung dan perspektif latarbelakang yang luas iaitu 180 darjah.
  • sesuai untuk creative shot, wedding photography, 

contoh gambar yang diambil menggunakan lensa ini:



sr: www.photopoly.net



sr: www.vintag.es

Prime/Fixed Lens/ Lensa Tetap/Prima 



sr: http://achdadona.wordpress.com/


fungsi:

  • dipanggil fixed kerana mempunyai range yang tetap iaitu tidak boleh zoom in dan zoom out.
  • lawannya adalah lensa zoom.
  • sangat sesuai untuk potrait shot kerana boleh menghasilkan efek bokeh (blur) yang sangat cantik disebabkan nilai aperturenya yang tinggi sehingga f1.2 (jadi nilai kedalamannya yang rendah).
  • kegunaan: potrait, makanan, product

contoh gambar yang diambil menggunakan lensa ini:


sr: digital-photography-school.com



sr: weddingphotography.com.ph



sr: www.disneytouristblog.com


Telephoto/Tele/Zoom Lens/ Lensa Tele



sr: www.the-digital-picture.com

Fungsi:
  • selalunya digunakan untuk menangkap gambar objek yang jauh.
  • saiz lensanya selalu 70mm ke atas.
  • terbalik dengan wide angle lens, fungsi lensa ini pula adalah mendekatkan subjek dan mempersempit sudut pandang. 
  • oleh kerana sudut pandangnya sempit, lensa ini akan mengaburkan/blur kawasan sekitarnya. kerana itulah ia dapat menghasilkan gambar bokeh yang cantik.
  • lensa ini sangat berat, jadi selalunya akan digunakan bersama monopod atau tripod.
  • kegunaan: gambar potret dari jauh, candid, sukan, haiwan.

contoh gambar yang diambil menggunakan lensa ini:


sr: en.wikipedia.org


sr: www.photographic.com


Macro Lens/ Lensa Makro



sr: www.the-digital-picture.com

Fungsi:
  • digunakan untuk menangkap subjek yang dekat ataupun secara close-up.
  • kelebihannya adalah mempunyai Minimum Focus Distance (MFD) dan boleh fokus objek ne dekat dengan lensa (lensa lain xboleh buat).
  • kegunaan: close up serangga, tumbuh-tumbuhan..benda yang kecil2.

contoh gambar yang diambil menggunakan lensa ini:


sr: www.yankodesign.com



sr: www.olloclip.com


---------------------------------------------------------------------------------


rujukan: http://zulfathiaqmar.blogspot.com/
            : http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/10/photography-jenis-jenis-lens-dslr.html
            : http://achdadona.wordpress.com/2013/01/02/definisi-dari-lensa-dan-jenis-jenis-lensa-untuk-kamera-slr-maupun-dslr/
            : http://tarmizishukri.com/jenis-jenis-lensa/




No comments :

Post a Comment