Wednesday, September 24, 2014

REFLEKSI WEEK 2


Pada minggu ini kami telah dibawa ke bilik Fotografi iaitu pada aras 2, c14 (1st time masuk neh teruja..). Kami diperkenalkan dengan Encik Fuad, beliau mahir dan bertugas dalam bidang fotografi ini di Jabatan Multimedia dan FotoKreatif, Fakulti Pendidikan.

Beliau telah menceritakan serba sedikit ilmu fotografi kepada kami.











Pelbagai jenis kamera mengikut peredaran zaman yang ditunjukkan oleh Encik Fuad.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom kita lihat serba sedikit maklumat tentang slr dan dslr untuk mengelakkan ternganga-nganga pada kelas next week..eh :P

SLR (Single Lens Reflex)




Terdapat 3 jenis kamera SLR:
  • Manual type (semua setting dikawal secara manual)
  • Automatic type (setting telah ditetapkan secara (bilt-in program)
  • Semi-auto type (kombinasi kedua-dua jenis, manual+auto)
DSLR (Digital Single Lens Reflex)



Fungsinya lebih kurang sama, tetapi diberi penambahbaikan digital didalamnya. apa yang spesiallnya kamera ini, lensnya boleh diubah mengikut keadaan/suasana gambar yang hendak diambil.



INFO:
satu kamera yang biasanya menggunakan satu sistem cermin dan prisma ('reflex' dari pantulan cahaya) yang membenarkan jurugambar untuk melihat dengan tepat apa yang akan ditangkap (captured) melalui 'viewfinder'. Ini membolehkan jurugambar untuk melihat bahagian dalam kamera itu sendiri dan melihat imej sebenar yang dibentuk oleh lens.




Perbezaan antara kamera SLR dan kamera DSLR. Antaranya ialah:

  • Tentulah pada saiz kamera ini dimana SLR lebih kecil sedikit berbanding DSLR. Ini adalah kerana SLR tidak mempunyai "optical viewfinder" seperti DSLR.
  • DSLR mempunyai image sensor yang besar berbanding SLR, sebab itulah hasil kualiti gambarnya lebih menarik. (semakin besar saiz image sensor dan pixel, semakin tinggi kualiti gambar)
  • SLR menggunakan filem manakala DSLR pula menggunakan memory card sesuai dgn namanya Digital-SLR. Filem terhad kepada 36 keping gambar (kebiasaan) manakala memory card boleh memuatkan beratus atau beribu keping gambar (bergantung kepada saiz memory card).
  • SLR merupakan Full Frame Format yang menggunakan 35mm filem, manakala DSLR pula byk yang menggunakan 'crop sensor' atau istilah lain APS-C. Tetapi sekarang dah ada DSLR yang mempunyai Full Frame seperti Nikon D700, D3, D3x, D3s, D4, Canon 5D MK II, 5D, 1D MK IV dan sebagainya.
  • DSLR menggunakan sensor (CCD atau CMOS) untuk menukarkan cahaya kepada pixel, SLR hanya menggunakan filem kamera biasa.
  • Dari segi penggunaan, DSLR lebih praktikal kerana boleh tengok terus hasil gambar yang diambil, manakala SLR menggunakan filem, tak boleh tengok hasil yang diambil sebelum dicuci.
  • Cara penggunaan SLR dan DSLR hampir sama seperti setting untuk ISO, shutter speed, aperture, dan lain-lain. Kedua-duanya juga mempunyai jenis manual dan jenis automatik.
  • Untuk mengambil gambar menggunakan SLR, kene pastikan jarum exposer berada di kedudukan normal, jika tidak gambar akan over atau under. DSLR tak perlu, hanya snap! (nama pun digital).
  • Disebabkan SLR menggunakan filem, jadi nak cuci gambar kenalah hantar kt kedai atau cuci kt dark room (agak susah dan leceh). DSLR hanya guna memory card, boleh print sndiri kt rumah.
  • Contoh kamera SLR ialah Nikon FM10 dan FM2, contoh kamera DSLR Nikon D3100, D90 dan D3.
            :  http://easybasicphotography.com/

No comments :

Post a Comment