Healing Brush: Red Eye Tool
Fungsi tool ini adalah boleh menghilangkan kesan flash dalam mata yang selalu ada apabila kita tangkap gambar.
Caranya buka file yang anda ingin edit dan pilih Red Eye Tool:
Bawa cursor ke mata yang ada flash. klik saja pada mata tersebut.dah wohaa!! kesan flash tersebut akan hilang hanya 1 klik saje..eh
Yeay dah hilang!!!
Healing Brush: Patch Tool
Fungsinya secara ringkas adalah untuk membaiki kawasan2 yang rosak/tidak diingini supaya menjadi lebih baik dan cantik.
Saya nak edit gambar di bawah ni supaya muka nampak konon2 lagi flawless uols..nampak tak tompokan yang menyakitkan mata tu? kita akan guna Photoshop untuk hilangkannya,,
1. Caranya buka file yang anda ingin edit dan pilih Patch Tool. Selepas itu cursor akan bertukar menjadi bentuk patch tool jika anda menggerakkan ke gambar tersebut.
2. Bulatkan kawasan yang anda nak baiki tu dan drag pada tempat yang anda kehendaki (kalau dalam contoh saya ne saya akan bulatkan kawasan yang berjerawat tu dan drag pada kulit yang licin).
p/s: selepas bulatkan kwsan tersebut, lingkaran bulatan tu akan berkelip2, then boleh drag pada kulit yg licin tu.
ulang langkah tersebut dan..tadah~~~ nampak x nampak x flawless tu..
xyah pakai krim dah..kesan patch tool ne hanya sesaat je...kbai
Healing Brush: Healing Brush Tool
Fungsinya lebih kurang sama dengan patch tool, cuma cara selectnya seumpama brush tool. Cara ini lebih sesuai digunakan untuk retouch kawasan2 yang kecil dan sempit kerana anda boleh adjust kebesaran brush tersebut.
nampak tak bulatan kecil kat tudung? tu bukan ops ataupun entiti misteri..itula brushnya..caranya adalah:
1. pergi pada kwsan yg tidak berjerawat, klik mouse dan Alt serentak, dan sapu2 pada kwsn tu. kalau perasan cursor tu akan bertukar jadi simbol mcm nak kena sasaran tembak..(luel..xtawla nak umpamakan ape)
2. Then pergi pada kwsn yang bjerawat tu, klik saja mouse (sapu2 mcm brush) pada kawasan itu.
3. Untuk nampak realistik buatla ikut tone color kulit kita, jangan main sapu je nanti nampak berpanau pulak muka..kahkah..
dahla muka edit berpanau plak tu..ishh
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok sesi Faezah sudah selesai, Dr Jamal ambil alih kelas, Dr menunjukkan fungsi Clone Stamp Tool:
fungsinya adalah sama dengan healing brush tool juga sebenarnya. Cuma kalau nak edit dan nampak gambar lebih realistik dinasihatkan guna healing brush tool.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Lasso Tool & etc | Quick Selection Tool & etc
Tujuan kelima-lima tool ini adalah sama sebenarnya iaitu untuk selection, tetapi cara dan fungsinya adalah berlainan.
Jom saya bagi 1 contoh penggunaan Magic Wand Tool,
1. Pilih Magic Wand Tool > klik pada gambar yang anda inginkan (tool ini akan select berdasarkan pixel pada gambar tersebut.
2. Dalam gambar di atas, saya nak select atau ambil shrek tu saja.
3. Klik rectangular marque atau etc tool dan gunakan untuk membuang atau menambah selection dalam gambar yang kita nak.
4. Pergi pada Select > Inverse.
5. Klik Move Tool dan drag gamba shrek pada File yang baru.
Sebenarnya banyak cara yang boleh digunakan, kalau guna tool Lasso n rakan2nya pon boleh. lagi senang kerana anda boleh terus select gambar yang anda inginkan. apa yang penting ia bergantung pada pixel/ sharp sesuatu gambar tersebut. lagi sharp lagi senang untuk anda select gambar yang diingini.
Anda boleh explore dan cuba bermain tool2 tersebut..
ok sekian
tata~~
gambar bila ni? keciknyaaaa..haha
ReplyDeletesekarang pon kecik jugak...aishh..
Deletepasni boleh jd duta produk kecantikan...hihihihi
ReplyDeletehahaha...mmg dok bt part time jugak sekarang dr..
Delete