Friday, December 12, 2014

REFLEKSI WEEK 13: Process and Technology of Visual Printing

Pada minggu ini, kumpulan 9 telang membentangkan tajuk Process and Technology of Visual Printing dimana subtopik-subtopik yang ada adalah:

  • Printing Technology
  • Technique and Process of Printing
  • Digital Printing
  • Choosing Paper for Printing

Saya akan terangkan serba ringkas mengenai topik ini. secara asasnya, untuk mendalami atau berkecimpung ke dalam dunia multimedia khususnya visual grafik, perkara paling penting yang harus tahu mengenai RESOLUTION dan PIXEL

ramai keliru dengan istilah ini.. apa itu PIXEL?

mengikut pemahaman saya pixel adalah suatu elemen atau titik (dot) yang berada dalam skrin. senang cerita, biasa kalau camera henfon ke camera ke kita akan tanya berapa megapixelkan? itulah kaitannya..maksudnya hasil gambar yang diambil itu akan menghasilkan pelbagai jenis dan densiti warna yang dipaparkan dalam skrin ne. pixel tu himpunan daripada titik-titik/dot-dot warna tersebut. 

semakin tinggi pixel, semakin banyaklah jumlah dot (pelbagai jenis dan densiti warna) yang dapat dihasilkan pada gambar tersebut.

secara praktikalnya kalau anda pernah zoom gila2 gambar anda, mesti anda akan nampak blok-blok kecil tersusun seperti gambar dibawah. 1 blok itula mewakili 1 dot (untuk paparan skrin bahasa mudahnya pixel) dan 1 pixel tu mewakili 1 warna. Jadi himpunan2 pixel ne akan menghasilkan 1 gambar, yang mana 1 gambar ne mempunyai banyak pixel.  Paham tak? haha 

sr: www.creativestudiosderby.co.uk



Apa itu RESOLUTION pula? pixel dan resolution adalah perkara yang berlainan ye tapi ada hubungkaitnya. 

sr: http://teknosrc.com/resolution-vs-pixel-density-in-displays-all-you-need-to-know/



Resolution merujuk kepada saiz imej yang dipaparkan dalam bentuk pixel. Lihat gambar di atas, resolution untuk paparan tv ini adalah 800x600 pixel. Maksudnya jumlah pixel pada paparan horizontal/melintang adalah 800 dan paparan vertical/menegak adalah 600. Jadi, jumlah pixel yang terdapat pada skrin tv ini adalah 48000.

Ingat: resolution tidak mengukur kualiti tetapi hanya mengukur jumlah pixel yang terdapat dalam sesuatu paparan tersebut.

Jadi apa yang mengukur kualiti sesuatu paparan itu? 

Jawapannya adalah Pixel Density, merupakan jumlah pixel yang ada dalam 1 inci dalam suatu paparan dan biasanya diukur dalam pixel per inci. (PPI). 

The higher the pixel density, the higher is the sharpness of the display


sr: http://teknosrc.com/resolution-vs-pixel-density-in-displays-all-you-need-to-know/

Lihat gambar di atas, gambar kiri dipaparkan pada skrin 32inch dengan resolution yang rendah. Gambar kanan pula dipaparkan pada skrin 32 inch dengan resolution yang tinggi yang mana gambar lebih jelas dan tajam.


 Yang mana penting resolution atau saiz paparan?


sr: http://teknosrc.com/resolution-vs-pixel-density-in-displays-all-you-need-to-know/


rujukan: http://teknosrc.com/resolution-vs-pixel-density-in-displays-all-you-need-to-know/


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Perbezaan antara DPI dan PPI:  nota yang bagus untuk dirujuk ada di sini dan sini


sekian 
tata~~

Monday, December 8, 2014

REFLEKSI WEEK 12: Using Retouching Tool (Healing Brush, Clone Stamp, Lasso & Quick Selection Tool)

Pada kelas kali ini Faezah dari kumpulan 8 menyambung kembali pengajaran berkaitan Alteration tool dalam Photoshope. sebelum itu, marik kita lihat antara fungsi Alteration tool:




Healing Brush: Red Eye Tool


Fungsi tool ini adalah boleh menghilangkan kesan flash dalam mata yang selalu ada apabila kita tangkap gambar. 
Caranya buka file yang anda ingin edit dan pilih Red Eye Tool:



Bawa cursor ke mata yang ada flash. klik saja pada mata tersebut.dah wohaa!! kesan flash tersebut akan hilang hanya 1 klik saje..eh




Yeay dah hilang!!!

Healing Brush: Patch Tool

Fungsinya secara ringkas adalah untuk membaiki kawasan2 yang rosak/tidak diingini supaya menjadi lebih baik dan cantik. 
Saya nak edit gambar di bawah ni supaya muka nampak konon2 lagi flawless uols..nampak tak tompokan yang menyakitkan mata tu? kita akan guna Photoshop untuk hilangkannya,,


1. Caranya buka file yang anda ingin edit dan pilih Patch Tool. Selepas itu cursor akan bertukar menjadi bentuk patch tool jika anda menggerakkan ke gambar tersebut. 

2. Bulatkan kawasan yang anda nak baiki tu dan drag pada tempat yang anda kehendaki (kalau dalam contoh saya ne saya akan bulatkan kawasan yang berjerawat tu dan drag pada kulit yang licin). 
p/s: selepas bulatkan kwsan tersebut, lingkaran bulatan tu akan berkelip2, then boleh drag pada kulit yg licin tu.


ulang langkah tersebut dan..tadah~~~ nampak x nampak x flawless tu..
xyah pakai krim dah..kesan patch tool ne hanya sesaat je...kbai



Healing Brush: Healing Brush Tool

Fungsinya lebih kurang sama dengan patch tool, cuma cara selectnya seumpama brush tool. Cara ini lebih sesuai digunakan untuk retouch kawasan2 yang kecil dan sempit kerana anda boleh adjust kebesaran brush tersebut.


nampak tak bulatan kecil kat tudung? tu bukan ops ataupun entiti misteri..itula brushnya..caranya adalah:
1. pergi pada kwsan yg tidak berjerawat, klik mouse dan Alt serentak, dan sapu2 pada kwsn tu. kalau perasan cursor tu akan bertukar jadi simbol mcm nak kena sasaran tembak..(luel..xtawla nak umpamakan ape) 

2. Then pergi pada kwsn yang bjerawat tu, klik saja mouse (sapu2 mcm brush) pada kawasan itu.

3. Untuk nampak realistik buatla ikut tone color kulit kita, jangan main sapu je nanti nampak berpanau pulak muka..kahkah..

dahla muka edit berpanau plak tu..ishh



-------------------------------------------------------------------------------------------------


Ok sesi Faezah sudah selesai, Dr Jamal ambil alih kelas, Dr menunjukkan fungsi Clone Stamp Tool:


fungsinya adalah sama dengan healing brush tool juga sebenarnya. Cuma kalau nak edit dan nampak gambar lebih realistik dinasihatkan guna healing brush tool.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Lasso Tool & etc | Quick Selection Tool & etc




Tujuan kelima-lima tool ini adalah sama sebenarnya iaitu untuk selection, tetapi cara dan fungsinya adalah berlainan.




Jom saya bagi 1 contoh penggunaan Magic Wand Tool,

1. Pilih Magic Wand Tool > klik pada gambar yang anda inginkan (tool ini akan select berdasarkan pixel pada gambar tersebut. 


2. Dalam gambar di atas, saya nak select atau ambil shrek tu saja.

3. Klik rectangular marque atau etc tool dan gunakan  untuk membuang atau menambah selection dalam gambar yang kita nak.


4. Pergi pada Select > Inverse.

5. Klik Move Tool dan drag gamba shrek pada File yang baru.



Sebenarnya banyak cara yang boleh digunakan, kalau guna tool Lasso n rakan2nya pon boleh. lagi senang kerana anda boleh terus select gambar yang anda inginkan. apa yang penting ia bergantung pada pixel/ sharp sesuatu gambar tersebut. lagi sharp lagi senang untuk anda select gambar yang diingini.

Anda boleh explore dan cuba bermain tool2 tersebut..

ok sekian 
tata~~

Saturday, December 6, 2014

REFLEKSI WEEK 11: Combining Image Using Selection Tool

Pada hari ini, kumpulan 8 telah mengajar kami apa yang selection tool boleh dilakukan dalam Photoshop.

Sebelum itu kita recap balik fungsi-fungsi selection tool:



lihat gambar-gambar dibawah:


Big_Blue_Sky.jpg







wooden-floor.jpg


akan digabung menjadi gambar seperti dibawah:




Bagaimana caranya? 

Jom..saya akan tunjukkan beberapa step bagaimana menghasilkan gambar seperti di atas dengan menggunakan Adobe Photoshop:

1. buka Adobe Photoshop > File > New. ikut seperti format yang telah ditetapkan seperti dibawah. terpulang pada anda sebenarnya..tapi dalam ne saya ingin gambar saya berfomat 800x600pixel. 


2. Pergi File > Open > pilih gambar Big_Blue_Sky.jpg > Open.

3. Pegi pada selection tool: Rectangular Marquee Tool (jika tool lain yang muncul, klik kanan pada mouse anda untuk dapatkan paparan seperti dibawah):


4. selepas pilih tool diatas, klik pada gambar tersebut, anda akan nampak bintik-bintik seperti gambar dibawah menandakan itu adalah kawasan gambar yang telah dipilih:


5. klik Move tool (atas Rectangular Marquee Tool) dan anda akan lihat perubahan pada gambar yang kita tandakan tadi, selepas itu klik pada gambar tersebut dan drag pada New File yang kita buat tadi. (Ctrl+C pada gambar, dan Ctrl+V pada New File pun boleh). hasilnya:


6. ini menunjukkan saiz gambar awan ne sangatlah besar, so kita kena adjust supaya fit dengan saiz New File ni.caranya dengan tekan Ctrl dan - simbol serentak untuk zoom out.kalau nak zoom in, tekan simbol =. adjust gambar awan mengikut kehendak anda. seperti paparan dibawah:


selepas adjust seperti ini:


7. selepas selesai adjust, anda harus klik pada tanda right. anda boleh resize balik gambar anda tiada masalah. save sebagai selection tool dalam format .psd (selection tool.psd)



8. masukkan pula gambar lain, Pergi File > Open > pilih gambar wooden-floor.jpg > Open.

9. Setelah file wooden-floor.jpg dibuka, Ctrl A pada gambar tersebut dan drag pada file selection tool tadi. sama seperti langkah 5.

10. adjust size dan ikut kesesuaian seperti yang anda inginkan.


tapi saya ingin  menampakkan image yang lebih realistik,seperti gambar dibawah..bagaimana?


11. pergi pada Edit > Transform > Perspective (seolah-olah menampakkan efek lantai tu lagi real)


12. Ulang langkah yang sama untuk memasukkan gambar yang lain pula.


Cuba bereksperimen denganuntuk 
mendapatkan pelbagai gambar yang kreatif.

Selamat mencuba!!

Nashasha juga ada menunjukkan bagaimana menggabungkan gambar seperti dibawah:


daripada gambar2 beikut:





dan efek bayang2 seperti gambar dibawah:


dan asalnya:


Boleh dikatakan advance jugak kalau nak buat efek seperti diatas.. 
explorela sendiri ye.. :P